Untuk makluman semua Panitia Agama SK Jalan Pegoh juga menjalankan Aktiviti Mingguan iaitu Tazkirah Jumaat. Tazkirah akan diberikan oleh semua ustaz dan ustazah ( ahli panitia agama / j-Qaf) secara bergilir2 dan jadual atau takwim tazkirah pun telah ditetapkan.
Beginilah keadaan dan suasana pada setiap pagi Jumaat di Dataran Ilmu SKJP.
Murid berhimpun di Dataran Ilmu menunggu siapakah yang akan memberikan tazkirah untuk mereka.
Guru bertugas pada minggu ini (17.8-21.8.09) ialah EN ARMAN & PN HJH ZAINON
Tazkirah pada pagi itu disampaikan oleh Ustazah Azimah sebagai ganti Ustazah Noraini yg bercuti.
Tazkirah pagi itu bertajuk Pengertian Puasa dan Niat.
Semoga dakwah ini akan mendapat keberkatan dari Allah dan bermanfaat buat semua warga SKJP InsyaAllah.








