Hari ini Sabtu bersamaan 14hb N0vember 2009 bermula jam 8.00am di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh berjalan Majlis / Hari Pendaftaran Murid tahun 1/2010, Beginilah keadaan ibu bapa sibuk membuat pendaftaran, admin dimaklumkan bahawa seramai 172orang murid yang akan mendaftar pada hari ini.
Selepas pendaftaran semua murid dikehendaki menduduki “mini peperiksaan” atau ujian pengesanan.
Ibu bapa pula mendengar sessi taklimat bersama dengan Barisan PIBG dan Barisan Pentadbiran SKJP.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Alfadil ustaz Lokman b Abdullah, diikuti ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Helmi b Ibrahim. Hal2 berkaitan Hal Ehwal Murid oleh Pn Hjh Hamidah bt Ablah (PK HEM), tentang disiplin oleh En Luqman b Kamaruddin (Guru DIsiplin) dan tentang Projek NILAM oleh Guru Penyelaras PSS Pn Roslina bt Ahmad .
Selanjutnya taklimat tentang Kurikulum disampaikan oleh Pn Maimunah bt Mohd Hassan, Dan taklimat yang terakhir ialah berkenaan dengan J-Qaf disampaikan oleh Ustazah Nor Aizan bt Zainal Nor
Selepas itu majlis bersurai..













