Sunday, January 31st, 2010 | Author: Ustazah Azimah
Assalamualaikum WBt dan Salam Ukhwah
Bermula pada Jumaat yang lalu bersamaan 29hb Jan 2010 Panitia Agama ISlam SK Jalan Pegoh telah melancarkan Program Sayang Jawi, yang mana murid2 yang boleh membaca jawi akan diketengahkan bakatnya dan diberi peluang untuk membacakan artikel atau sumber2 buku2 bacaan dalam tulisan jawi.
Untuk pertama kalinya murid pertama yang terpilih bagi tujuan tersebut ialah Adik Arif Iddyn bin Amir Hakimi dari kelas 3 Kualiti telah membacakan kepada semua murid pada perhimpunan hari itu dengan cerita pendeknya bertajuk ” Anak Merbah Yang MAlang” sumber Majalah Asuh.
Tahniah diucapkan kepada beliau dan diharap pada minggu akan datang ada lagi murid2 yang berbakat.
Jom kita saksikan ..
Category: Sayang Jawi






Aslkm ustazah,
Saya menyokong sepenuhnya usaha sekolah melancarkan Program Sayang Jawi. Saya merasakan matapelajaran Jawi sekarang tidak popular di kalangan murid2 malahan ianya dianggap sbg matapelajaran sampingan sahaja, ditambah dengan waktu matapelajaran tersebut pun diajar mungkin seminggu sekali (kalau tak silap saya lah). Seorang anak saya di Tahun 1 pun tidak berapa lancar membaca Jawi jadi saya terpaksa membimbing dia supaya tidak ketinggalan. Mungkin ustazah boleh berikan lagi maklumat kepada saya ttg Program ini supaya saya boleh menggalakkan anak-anak saya turut serta. Shukran Jazilan.