Saturday, April 24th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBt dan Salam Ukwah

Pada hari Jumaat 23hb April 2010 , Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid2 thn 4.

Mari kita saksikan bersama gambar yg telah dirakamkan pada hari tersebut.

Ini kumpulan ustazah Azimah

Yang ni pula kumpulan Ustazah Farahiyah

Ni.. kumpulan ustazah Masitah

kumpulan ustazah Noraini sedang latih tubi bacaan doa iftitah

Ustaz Firdaus memilih  kelas ‘open air’ pada petang itu

baru lepas amali wudhuk kumpulan ustaz Lokman

Ustazah Zuhurmah sedang  membetulkan cara murid berwudhuk

sempat lagi bergambar ustazah kita ni..

murid beratur mengambil makanan di kantin ..

selepas makan semua murid berkumpul di surau utk solat asar berjemaah

Alhamdulillah.. harapan kami supaya semua anak2 yg hadir akan terus mengamalkan solat walau di mana mereka berada nanti..

Semoga pelajaran dan didikan hari ini menjadi bekalan hidup masa akan datang..

oleh: ketua panitia agama SKJP

Wednesday, April 14th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Pada Jumaat yang lalu bersamaan 9hb April 2010 SK Jalan Pegoh telah mengadakan Kem Bestari Solat bagi tahun 5. Mari kita bersama saksikan gambar2 yg telah dirakamkan pada hari tersebut.

Ini kumpulan Ustazah Zawifatul Asiyah dan kumpulan Ustazah Nor Aizan

Yang ini pula kumpulan Ustazah Masitah dan Ustazah Siti Surina

Kumpulan ini pula kumpulan Ustazah Zuhurmah(baru bertukar ke SKJP) dan Ustazah Farahiyah (sedang menjalani praktikum)

Haa.. ni kumpulan ustaz-ustaz kita iaitu Ustaz Lokman dan Ustaz Firdaus

selepas itu semua murid menjamu selera dengan nasi ayam dan air anggur (ribena)

selesai makan dan mengambil wudhuk semua murid berhimpun di Surau SKJP utnuk menunaikan solat fardhu  Asar berjemaah.

Semoga kebaikan yang kita lakukan hari ini akan berkekalan untuk hari-hari seterusnya InsyaAllah.

Murid2 jangan lupa balik nanti solat ye..

Monday, March 29th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada hari Sabtu bersamaan 27hb Mac 2010 yang lalu SK Jalan Pegoh telah menyertai pertandingan Tilawah L&P, Tahfiz L&P dan Bercertia L&P.

Marilah kita saksikan gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut.

Inilah barisan peserta murid lelaki 3 orang dan murid perempuan 3 orang.

Bercerita lelaki ialah Amirul Arif dan bercerita perempuan Huda bt Yasrudin

Bahagian tahfiz lelaki ialah Alif Saifuddin dan perempuan Nur Akma Laili bt Ayob

Bahagian Tilawah lelaki ialah Muhd Amir Hakim b Suhardi dan perempuan  Nur Anis Nadia bt Mohd Shah

Walaupun kita tidak berjaya memenangi hadiah apa2 pada kali ini, kita akan berusaha lagi dan cuba lagi di tahun hadapan.

Wednesday, March 10th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Maulidur Rasul 1431H

” Memantapkan Ukwah Memperkasakan Ummah”

begitulah tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, dengan itu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh juga telah membuat sambutan bagi tujuan tersebut bersaman tarikh 5hb Mac 2010

Untuk makluman semua Majlis sambutan ini kita cantumkan dengan Majlis Bacaan Yaasin murid tahun 6 UPSR 2010 sepertimana biasa dilakukan pada tiap2 pagi Jumaat.

Marilah kita saksikan gambar2 yang telah dirakamkan pada hari itu:

Pengerusi Majlis kita pada pagi itu ialah guru bertugas mingguan Ustazah Zawifatul Asiyah bt A.Rahim

Murid2 berkumpul di Dataran Ilmu sejak dari jam 7.20pagi dan selepas itu ucapan Guru Besar SK Jalan Pegoh En Abdul Hamid b Abdullah sebagai ucapan alu-aluan .

Semua murid dari Pra sekolah hingga murid2 tahun 6 membaca Yaasin di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin pada hari itu diketuai oleh khalifahnya Al-Fadhil Ustaz Lokman b Abdullah.

Setelah selesai bacaan Yaasin , Majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ketua Panitia Agama Islam sendiri iaitu Ustazah Azimah. Selepas itu warga Sk Jalan Pegoh berselawat beramai2 di Dataran Ilmu. Bacaan Selawat diketuai oleh Ustaz Firdaus b Abdullah.

Setelah itu semua murid dan guru2 pun bersurai.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan buat semua warga SKJP yang telah menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini.

Saturday, February 27th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Maulidur Rasul

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul admin ingin mengajak semua pengunjung dan pembaca untuk sama2 memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw.

Di sini ustazah paparkan selawat tafrijiyah yang banyakj khasiat dan fadelat apabila diamalkan secara istiqamah dan tetap. Boleh dijadikan zikir waktu lapang atau sebagai wirid selepas solat fardhu.

Amalkan ye, Jom kita amalkan bersama2

Wassalam

Saturday, February 13th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..

Untuk Makluman semua pada hari ini sabtu berasamaan 13hb Febuari 2010 SK Jalan Pegoh telah mengadakan satu penting iaitu Mesyuarat Agung PIBG ka;li ke 14.

Mari kita saksikan peristiwa yang berlaku waktu itu..

Inilah backdrop Mesyuarat Agung PIBG , dan dis sebelah pula AJK yang telah bersedia menyusun hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah.

Ini adalah barisan AJK PIBG perempuan dari kiri Pn Siti Surina, Pn Robitah, Pn Norhatini (guru skjp). DR Khamiza,Pn Rafidah, Pn JUwita dan Pn Robaah.

Manakala AJK lelaki dari kiri En Azizurrahman (SU Pibg), En Azhar NYDP, Tn Hj Helmi YDP, Guru Besar, En Azhar dan En Rabudin.

Banyak usul dan cadangan yang telah dibincangkan oleh ibu bapa dan guru demi kecemerlangan semua murid dan sekolah kita.

Yang ini pula ialah acara simbolik perasmian Projek Kutipan Senamrobikthon.

Selepas itu penyerahan kad kutipan kepada guru-guru kelas. dan acara terakhir ialah acara yang di tunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah.

Akhirnya majlis bersurai , terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat.

admin@ustazah azimah

Sunday, January 31st, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Maksudnya:

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Selawat Syifa dan fadilat mengamalkannya:

1. Barang siapa yg membaca selawat ini 3 kali setiap lepas solat 5 waktu akan dapat menghilangkankebuntuan fikiran dan susah hati.

2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air, InsyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut, pening kepala, demam dan sakit2 ringan.

Sunday, January 31st, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBt dan Salam Ukhwah

Bermula pada Jumaat yang lalu bersamaan 29hb Jan 2010 Panitia Agama ISlam SK Jalan Pegoh telah melancarkan Program Sayang Jawi, yang mana murid2 yang boleh membaca jawi akan diketengahkan bakatnya dan diberi peluang untuk membacakan artikel atau sumber2 buku2 bacaan dalam tulisan jawi.

Untuk pertama kalinya murid pertama yang terpilih bagi tujuan tersebut ialah Adik Arif Iddyn bin Amir Hakimi dari kelas 3 Kualiti telah membacakan kepada semua murid pada perhimpunan hari itu dengan cerita pendeknya bertajuk ” Anak Merbah Yang MAlang” sumber Majalah Asuh.

Tahniah diucapkan kepada beliau dan diharap pada minggu akan datang ada lagi murid2 yang berbakat.

Jom kita saksikan ..

Category: Sayang Jawi  | 1 Komen Diterima