Thursday, September 17th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada pagi 17hb September 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan Majlis Penutupan Ehya Ramadhan bagi tahun ini. Acara yang paling dinantikan iaitu penyampaian hadiah kepada semua murid yang berjaya didalam pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini.

1. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 berkumpul di Dataran Ilmu dan Pra Sek 1 dan 2 juga turut serta.

2. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis pada hari itu Ustaz Firdaus dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan Perasmian Penutupan oleh Guru Besar SKJP.

3. Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang2.

4. setelah semuanya selesai. Tibalah pula acara kemuncak iaitu bersalam2an Aidilfitri. Waktu beginilah semua murid dapat bersalaman dengan semua guru. Duit raya..? kena datang rumah makan kuih raya dulu lah…

seronok betul murid2 ni. “selamat hari raya cikgu. duit raya takde ker?” Eh Pn Hamidah kenapa terbongkok2 tu apa saje le yang dipesannya pada murid itu.

” Selamat Hari Raya, kirim salam dengan mak ayah ye” mungkin itulah yang diucapkan oleh barisan pentadbiran SKJP ( PK 1, PK HEM &  GB)

Maka selesailah sudah Program Ehya Ramadhan pada tahun ini, InsyaAllah kita akan adakan pada Ramadhan tahun hadapan pula. Marilah kita bersama berdoa semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan untuk melakukan aktiviti2 dakwah yang sebegini.

Pihak Panitia Agama j-Qaf SKJP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberikan kerjasama, semoga Allah jualah yang memberi balasan di atas kebaikan anda semua, aminn..

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response

  1. 1
    Ustazah rosnah 

    Salam saya sebagai SU PAI merakamkan ucapan terima kasih pada pihak sekolah yang memberi sumbangan untuk menjayakan program IHYA RAMADHAN 1430H/2009.Dan pada penyumbang2 untuk anak2 yatim &miskin sekali lagi diucapkan syukran jazilan hanya ALLAH sahaja yang akan memberi ganjaran pahala..INSYAALLAH…..

    BULAN RAMADHAN TELAH BERLALU
    UMMAT ISLAM BERPUASA
    MENAHAN LAPAR & DAHAGA
    MENUNAIKAN PERINTAH ALLAH
    YANG MAHA ESA

    SYAWAL TIBA
    UMMAT ISLAM MENYAMBUTNYA
    DENGAN HATI GEMBIRA
    AMPUN & MAAF DIPINTA
    AGAR MENDAPAT KEREDAAN ALLAH S.W.T

Leave a Reply