Monday, December 07th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada 22hb November 2009 yang lalu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh bersama Panitia Agama  telah mengadakan  Majlis Berkhatan beramai-ramai.  Jom kita saksikan foto-foto sekitar majlis tersebut.

Majlis hari itu dimulai dengan taklimat kepada ibu bapa dan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Helmi b Ibrahim.

Selesai taklimat murid2 atau peserta berkhatan beramai-ramai di jamu dengan makanan yang enak ala-ala makan beradab pengantin. Ada ayam golek, ikan siakap dan lain-lain.

Selesai makan peserta berkhatan diarak dengan dijunjung oleh bapa masing2 kemudiannya dimandikan dengan lori bomba. Bukan main seronok lagi nampaknya kanak-kanak tu ya.

Selepas menukar pakaian dan memakai kain pelekat, peserta menunggu di bilik, menunggu giliran  dipanggil oleh doktor. Lepas tu.. dah potong…

Sudah 2 tahun berturut2 SK Jalan Pegoh mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai ni..

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply