Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah
Pada Sabtu yang lalu iaitu bertarikh 16hb Januari 2010 Panitia Agama Islam dan -jQaf , SK Jalan Pegoh telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 6. Kem ini telah bermula dari jam 7.30 pendaftaran dan berakhir pada jam 2pm selepas murid-murid selesai menunaikan solat zohor berjemaah.
Mari kita saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari itu.
Murid-murid lelaki dan perempuanberhimpun dan berbaris untuk pendaftaran kehadiran.
murid memulakan dengan amali wudhuk selepas itu murid menjalani ujian amali azan, iqamah dan jawabnya. 2 orang murid dipanggil serentak dan bergilir untuk azan dan iqamah serta jawabnya.
Ini pula kumpulan Ustazah Rosnah ,Ustazah Masitah dan UStazah Siti Surina.
Murid-murid menjamu selera ketika rehat di tepi koridor sahaja kerana kantin telah digunakan sebagai tempat taklimat dan perjumpaan guru-gur serta ibu bapa tahun 6 UPSR 2010. Ibu bapa dengar taklimat anak-anak pula menghadiri Kem Bestari Solat. Ramai ibu bapa yang hadir jika tak percaya tengok saje lah banyaknya kereta di parkir itu. Betul le tu kan..
Murid-murid bersedia untuk solat zohor berjemaah dan imam kita pada hari itu ialah Al-Fadhil Ustaz Lokman. Sebelum pulang murid mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rosnah.
Semoga aktiviti ini akan menjadi pemangkin ummah berwawasan, diharapkan murid2 akan mengamalkan aktiviti solat ini dirumah dan seterusnya menjadi amalan dalam kehiduoan seharian InsyaAllah…
admin@ustazahazimah
















salam,
tahniah atas program yang telah dijayakan…
sekolah anda hebat!!!