Pada petang 18hb November yang lalu SK Jalan Pegoh mengadakan satu Majlis yang gilang gemilang untuk semua pelajar yang berjaya di dalam bidang akademik melalui Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR2).
Dikesempatan ini admin ingin memaparkan peristiwa yang berlaku sekitar hari itu. Jom kita lihat, ustazah Azimah pada hari itu ditugaskan sebagai Ketua Perserta Penerima Hadiah .
Acara pertama pada petang itu selepas ucapan Pengerusi, Bacaan Doa, Ucapan Perasmian YDP PIBG iaitu persembahan dari murid Pra. Comelnya..persembahan mereka.
Yang berjubah biru tu, murid2 pra sekolah. yang di sebelah kanan pula ialah murid tahap 1 berada di bilik menunggu untuk menerima hadiah.
Di atas ialah murid tahap 2 menerima hadiah dan di sampaikan oleh AJK PIBG iaitu Pn Robaah dan di sebalah pula barisan murid2 cemerlang byang menerima anugerah pada petang itu termasuklah anak admin sendiri Alhamdulilah.
Selepas semua selesai sempat lagi kamu guru2 bergambar, tidak ketinggalan panitia agama pun tumpang sama. ada beberapa guru2 agama yang tidak bersama waktu ini kerana tugas masing2.













