Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan..
1. Tiada daripada hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah, (Alhamdulillah, Alhamdulilah)
kemudian dibaca Al-Fatihah tujuh kali, ia di ‘afiatkan Allah daripada Sakit matanya pada bulan ini.
2. Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauhi segala larangannya , diampunkan dosanya. Bertasbih bertahlil dibina rumah indah di dalam syurga.
3. Baranghsiapa hadir ke majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada tiap langkahnya ibadat setahun.
4. Orang yang sembahyang bulan Ramadhan, tiap kali sujud dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dibina rum ah dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa da beribadah , tujuh puluh ribu malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya (al-hadis)
5. Orang mukmin yang tidur dalam bilan puasa kerana puasa ramadhannya , dia membalikkan badannya sambil menyebut ALLAH, maka berkata malaikat kepadanya :Rahimakallah (Allh mencucuri rahmat kepada engkau).
6. Malaikat yang banyak muka sujud kepada Allah pada hari kiamat, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat ‘Aras, lalu berkata malaikat : Wahai Tuhan Kasihanilah mereka dan janganlah diseksa orang yang berpuasa ramadhan dari umat Muhammad. (al-hadis)
7. Pada hari kiamat Allah memerintah Malaikat Ridhuan supaya keluarkan orang-orang yang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh malaikat Ridhuan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malaikat Ridhuan memerintahkan kanak-kanak membawa dulang-dulang makanan, minuman dan buah-buahan , sebagai balasan berlapar bulan Ramadhan. (al-hadis
SUMBANGAN DARI S/U PANITIA AGAMA SKJP @ USTAZAH ROSNAH BT ZAINI (GURU CEMERLANG)





