Archive for the Category » Sayang Jawi «

Sunday, January 31st, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBt dan Salam Ukhwah

Bermula pada Jumaat yang lalu bersamaan 29hb Jan 2010 Panitia Agama ISlam SK Jalan Pegoh telah melancarkan Program Sayang Jawi, yang mana murid2 yang boleh membaca jawi akan diketengahkan bakatnya dan diberi peluang untuk membacakan artikel atau sumber2 buku2 bacaan dalam tulisan jawi.

Untuk pertama kalinya murid pertama yang terpilih bagi tujuan tersebut ialah Adik Arif Iddyn bin Amir Hakimi dari kelas 3 Kualiti telah membacakan kepada semua murid pada perhimpunan hari itu dengan cerita pendeknya bertajuk ” Anak Merbah Yang MAlang” sumber Majalah Asuh.

Tahniah diucapkan kepada beliau dan diharap pada minggu akan datang ada lagi murid2 yang berbakat.

Jom kita saksikan ..

Category: Sayang Jawi  | 1 Komen Diterima