Archive for the Category » Sambutan Hari Kebesaran Islam «

Wednesday, March 10th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Maulidur Rasul 1431H

” Memantapkan Ukwah Memperkasakan Ummah”

begitulah tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, dengan itu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh juga telah membuat sambutan bagi tujuan tersebut bersaman tarikh 5hb Mac 2010

Untuk makluman semua Majlis sambutan ini kita cantumkan dengan Majlis Bacaan Yaasin murid tahun 6 UPSR 2010 sepertimana biasa dilakukan pada tiap2 pagi Jumaat.

Marilah kita saksikan gambar2 yang telah dirakamkan pada hari itu:

Pengerusi Majlis kita pada pagi itu ialah guru bertugas mingguan Ustazah Zawifatul Asiyah bt A.Rahim

Murid2 berkumpul di Dataran Ilmu sejak dari jam 7.20pagi dan selepas itu ucapan Guru Besar SK Jalan Pegoh En Abdul Hamid b Abdullah sebagai ucapan alu-aluan .

Semua murid dari Pra sekolah hingga murid2 tahun 6 membaca Yaasin di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin pada hari itu diketuai oleh khalifahnya Al-Fadhil Ustaz Lokman b Abdullah.

Setelah selesai bacaan Yaasin , Majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ketua Panitia Agama Islam sendiri iaitu Ustazah Azimah. Selepas itu warga Sk Jalan Pegoh berselawat beramai2 di Dataran Ilmu. Bacaan Selawat diketuai oleh Ustaz Firdaus b Abdullah.

Setelah itu semua murid dan guru2 pun bersurai.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan buat semua warga SKJP yang telah menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini.

Wednesday, August 26th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan.

Panitia Agama / j-Qaf telah merancang satu program Ihya Ramadhan pada bulan ini sebagai langkah mengimarahkan sambutan bulan yang mulia ini, butiran adalah seperti berikut:

RASIONAL

Penghayatan Ramadhan wajar dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid

tentang fadhilat puasa dan kelebihan bulan Ramadhan,semoga dengan itu akan menambahkan minat murid untuk menunaikan perintah Allah.

MATLAMAT

Melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.

OBJEKTIF

  • Melatih murid supaya menunaikan ibadah puasa Ramadhan
  • Melatih murid untuk melakukan perkara kebajikan semasa berpuasa
  • Melatih murid ikhlas menunaikan perintah Allah
  • Menjadikan ibadah puasa dan ibadah yang lainnya rutin dalam kehidupan

SASARAN

Semua murid Islam dan warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh.

SUMBER KEWANGAN

  • Pihak sekolah
  • PIBG

ANGGARAN PERBELANJAAN

  • Hadiah                                 RM 200.00
  • Majlis berbuka Puasa          RM 300.00
  • Khatam al-Quran                RM 200.00
    Jumlah                                 RM 700.00
    JADUAL AKTIVITI PELAKSANAAN EHYA’RAMADHAN 2009

Bil: Tarikh: Aktiviti: Tindakan:
1. 1.9.2009 1. Pelancaran Ehya’ Ramadhan Semua GPA & j-QAF
2. 2.9.2009 – 17.9.2009 2. Tadarus al-Quran Pn.Noraini bt MohamedPn.Rosnah bt Zaini
3. 3.9.2009 3. Pertandingan menulis cogankata Pn.Masitah(Tahap 1)En.Lokman(Tahap 2)
4. 4.9.2009 4. Tazkirah Ramadhan Pn.Noraini bt MohamedPn.Norhayati bt.Nawi
5. 8.9.2009 5. Kuiz Ramadhan Cik Farahiyah(Tahap 1)Pn.Norazimah(Tahap 2)
6. 9.9.2009 6. Pertandingan Tilawah al-Quran En.Firdaus (Tahap 1)Pn.Rosnah (Tahap 2)
7. 10.9.2009 7. Pertandingan  Hafazan Pn.Surina(Tahap1)Pn.Zawifatul(Tahap 2)
8. 11.9.2009 8. Majlis Iftar Ramadhan Semua warga SKJP
9. 12.9.2009 9. Ceramah Nuzul al-Quran Pn.Nor Dalilati bt Abd Samad
10. 16.9.2009 10.Majlis Khatam al-Quran Semua GPA & j-QAF
11. 16.9.2009 11.Pemilihan Akhlak terpuji Pn.Norasyikin(Tahap 1)Pn.Rosnah(Tahap 2)
12. 17.9.2009 12.Pemberian sedekah untuk anak-anak Yatim Semua Warga SKJP
13. 18.9.2009 13.Majlis penutupan Ehya’Ramadhan Semua Warga SKJP
Wednesday, August 05th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam nisfu syaaban

Bertemu lagi kita pada catatan kali ini sempena kita menyambut peristiwa besar bagi seluruh umat Islam sedunia iaitu malam Nisfu Syaaban.

Disini suka admin kongsikan pesanan Nabi Muhammad saw tentang Nisfu Syaaban ini.

Baginda Rasullullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya:

Ertinya : ” Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Disini juga admin catatkan Doa Rasullullah pada malam Nisfu Syaaban :

Ertinya : ” Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan seksaan-Mu, aku berlindung dengan keredhoan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu kepada-Mu, Tidak terhitung pujian ke atas-Mu,Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu”.

Moga dgn membaca catatan 2 hadis pilihan ini dapat memberi manfaat kpd pembaca blog ini

Wassalam

KARYA : USTAZAH AZIMAH