Archive for the Category » Pengumuman «

Monday, December 07th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada 22hb November 2009 yang lalu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh bersama Panitia Agama  telah mengadakan  Majlis Berkhatan beramai-ramai.  Jom kita saksikan foto-foto sekitar majlis tersebut.

Majlis hari itu dimulai dengan taklimat kepada ibu bapa dan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Helmi b Ibrahim.

Selesai taklimat murid2 atau peserta berkhatan beramai-ramai di jamu dengan makanan yang enak ala-ala makan beradab pengantin. Ada ayam golek, ikan siakap dan lain-lain.

Selesai makan peserta berkhatan diarak dengan dijunjung oleh bapa masing2 kemudiannya dimandikan dengan lori bomba. Bukan main seronok lagi nampaknya kanak-kanak tu ya.

Selepas menukar pakaian dan memakai kain pelekat, peserta menunggu di bilik, menunggu giliran  dipanggil oleh doktor. Lepas tu.. dah potong…

Sudah 2 tahun berturut2 SK Jalan Pegoh mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai ni..

Tuesday, November 24th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada petang 18hb November yang lalu SK Jalan Pegoh mengadakan satu Majlis yang gilang gemilang untuk semua pelajar yang berjaya di dalam bidang akademik melalui Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR2).

Dikesempatan ini admin ingin memaparkan peristiwa yang berlaku sekitar hari itu. Jom kita lihat, ustazah Azimah pada hari itu ditugaskan sebagai Ketua Perserta Penerima Hadiah .

Acara pertama pada petang itu selepas ucapan Pengerusi, Bacaan Doa, Ucapan Perasmian YDP PIBG iaitu persembahan dari murid Pra. Comelnya..persembahan mereka.

Yang berjubah biru tu, murid2 pra sekolah. yang di sebelah kanan pula ialah murid tahap 1 berada di bilik menunggu untuk menerima hadiah.

Di atas ialah murid tahap 2 menerima hadiah dan di sampaikan oleh AJK PIBG iaitu Pn Robaah dan di sebalah pula barisan murid2 cemerlang byang menerima anugerah pada petang itu termasuklah anak admin sendiri Alhamdulilah.

Selepas semua selesai sempat lagi kamu guru2 bergambar, tidak ketinggalan panitia agama pun tumpang sama. ada beberapa guru2 agama yang tidak bersama waktu ini kerana tugas masing2.

Monday, November 16th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada hari ini dan minggu ini guru bertugas ialah Ustazah Azimah dan CIkgu Ahmad Latapi. Pada pagi yang indah ini di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh mengadakan Sambutan Hari Kanak2 dan Hari Kokurikulum.

Berikut adalah beberapa gambar dan aktiviti yang telah dijalankan. Mari kita tengok sama-sama..Jom!

Ni dia Pn Vijaya sedang sibuk menyiapkan anaknya Guganesh ,begitu juga dengan Pn Suhaila.

Acara pertama ialah pertandingan “Nyanyia Patriotik” dari Pasukan Unit Uniform” iaitu Pasukan Pandu Puteri Tunas dan Pengakap.

Ini pula Pasukan Puteri Islam, Hakim kita pada hari ini Ustazah Rosnah, Pn Faridatulhanim dan En Azizulrahman. Selamat menjalankan tugas ye..adil dan telus!

Ini barisan peserta Pakaian Seragam dan di sebelah tu ialah Johan pertandingan tersebut murid Pra Sekolah 2 adik Ilham Nadhirah.

Di kesempatan ini juga admin sempat merakamkan gambar dua orang Barisan Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hem, menurut mereka inilah sambutan hari kanak-kanak yang terakhir buat mereka, kerana tahun depan 2010 mereka akan berpencen.

Selepas selesai acara di dataran ilmu, semua murid masuk ke kelas masing2 untuk jamuan kelas.

Category: Pengumuman, Umum  | 1 Komen Diterima
Saturday, November 14th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Hari ini Sabtu bersamaan 14hb N0vember 2009 bermula jam 8.00am di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh berjalan Majlis / Hari Pendaftaran Murid tahun 1/2010, Beginilah keadaan ibu bapa sibuk membuat pendaftaran, admin dimaklumkan bahawa seramai 172orang murid yang akan mendaftar pada hari ini.

Selepas pendaftaran semua murid dikehendaki menduduki “mini peperiksaan” atau ujian pengesanan.
Ibu bapa pula mendengar sessi taklimat bersama dengan Barisan PIBG dan Barisan Pentadbiran SKJP.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Alfadil ustaz Lokman b Abdullah, diikuti ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Helmi b Ibrahim. Hal2 berkaitan Hal Ehwal Murid oleh Pn Hjh Hamidah bt Ablah (PK HEM), tentang disiplin oleh En Luqman b Kamaruddin (Guru DIsiplin) dan tentang Projek NILAM oleh Guru Penyelaras PSS Pn Roslina bt Ahmad .

Selanjutnya taklimat tentang Kurikulum disampaikan oleh Pn Maimunah bt Mohd Hassan, Dan taklimat yang terakhir ialah berkenaan dengan J-Qaf disampaikan oleh Ustazah Nor Aizan bt Zainal Nor

Selepas itu majlis bersurai..

Thursday, October 29th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa minggu ini adalah minggu peperiksaan PKSR2.

Mulai 26.10.2009 sehingga 29.10.2009.

Diharapkan murid-murid dapat menjawab kertas peperiksaan dengan bersungguh-sungguh serta beroleh kejayaan cemerlang.

SEMOGA BERJAYA

Monday, October 05th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt

Dengan inim adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Kertas Pendidikan Islam Tahap 2 tahun 4 dan 5 akan dijalankan bersama dan serentak seluruh sekolah Daerah Kinta Utara seperti butiran berikut:

Pada Hari Selasa bersamaan 15hb Oktober 2009

Dan Peperiksaan Kertas Arab pula pada 21hb Oktober 2009

Diharap semua murid akan bersedia dan mengulangkaji pelajaran dengan tekun demi mencapai kejayaan yang cemerlang InsyaAllah..

Selamat Berjaya

-admin@ustazah azimah skjp-

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam LailatulQadar

Majlis Iftar anjuran Panitia Agama

Sek Keb Jalan Pegoh telah diadakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh       : 14hb September 2009

Tempat     : Kantin Sekolah SKJP

Tentatif Program:

6.30pm       : kedatangan para jemputan dan AJK PIBG

6.45pm         : Penyampaian Sumbangan & Derma Ikhlas kepada murid2 anak yatim dan miskin

7.17pm        : Semua hadirin berbuka puasa dan menjamu selera

7.30pm        : semua guru, murid dan ibu bapa solat maghrib bersama

8.25pm       : solat isyak, tarawih dan solat witir

9.50pm      : Majlis bersurai

Terima kasih di ucapan kepada semua tetamu yang hadir. Dan Jutaan terima kasih juga kepada para penderma yang ikhlas semoga jasa anda akan diberkati oleh Allah swt.

Monday, August 31st, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Perhatian kepada semua ibu bapa / Penjaga

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan ini Kelas Tasmik ditangguhkan sementara waktu sehingga selepas Hari Raya nanti. Diharap kepada semua ibu bapa dan penjaga dapat mengambil anak masing2 pada waktu yang telah ditetapkan.

Selain Kelas Tasmik, Kelas Tambahan dan Kegiatan Kokurikulum juga ditangguhkan sepertimana yang terdapat di dalam surat edaran yang telah diedarkan melalui guru kelas masing2.