Archive for the Category » Pengumuman «

Monday, January 17th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Untuk makluman semua, Panitia Agama Islam telah memulakan aktiviti Majlis Bacaan Yaasin Mingguan telah di adakan pada hari Jumaat minggu pertama lagi iaitu 7hb Januari 2011.

Semoga perbuatan dan amalan kita ini akan diberkati Allah swt. Kita juga berharap pada tahun ini jumlah bilangan murid yg mendapat 5A akan bertambah.

” Ya Allah ampunilah dosa2 kami, dosa ibu bapa kami, dosa guru2 kami. Lapangkanlah dada kami, tenangkan lah hati kami agar mudah menerima ilmu Mu Ya Allah. Sihatkanlah tubuh badan kami kuatkanlah ingatan kami. Perelokkanlah akhlak kami, jadikanlah kami hamba MU yg taat dan bertaqwa Ya Allah”. Amin amin ya rabbal ‘alamin

Monday, January 17th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Sessi persekolahan pada tahun ini di mulakan pada tarikh keramat 3hb Jan 2011. Ramai ibu bapa datang ke sekolah utk menghantar anak2 sekaligus bagi membayar yuran tambahan bagi sesi 2011 ini.

Diharapakan pada tahun ini semua murid akan belajar bersungguh2 dan berjaya dengan cemerlang. Datang dengan pakaian serba baru dan semangat yg baru juga hendaknya..

Selamat Belajar Buat Semua Murid SK Jalan Pegoh

Tuesday, August 17th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam ukwah

Untuk maklumanb semua pada 10hb Ogos 2010 semua murid perempuan tahun6 Sk Jalan Pegoh telah menjalani ujian amali PAFA mandi wajib di surau SKJP.

Guru yang terlibat pada hari itu ialah Ustazah Azimah, Ustazah Rosnah, Ustazah Zawifatul dll untuk mengendalikan murid2 semua.

ini semasa menunggu giliran utk menukar pakaian.

setelah semua selesai menjalani ujian amali mandi wajib murid2 semua melakukan solat zohor jemaah .

dah selesai semuanya.. harap2 anak2 semua dapat mengamalkan semua yang telah dipraktikan di dalam kehidupan seharian.

-admin blog-

Wednesday, April 28th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Untuk Makluman semua warga Sk Jalan Pegoh, mulai 26hb April yg lalu pihak PAnitia Agama Islam telah mengadakan Kem Khatam Quran seperti butiran berikut:

Hari : Isnin dan Selasa

Masa : 2pm-3pm

Tempat : Kelas P&P ikut kumpulan guru

Sasaran : Murid Tahun 6 yang belum khatam Quran

Objektif : Membantu murid2 thn 6 yg belum Khatam Quran untuk menghabiskan atau mengkhatamkan bacaan Quran mereka sebelum ke sekolah menengah.

Jom kita saksikan gambar2 yg telah dirakamkan..

ini kumpulan ustazah noraini murid 6S

kumpulan ustazah azimah..

yg ini pula kumpulan ustazah rosnah..

yg ini kumpulan ustazah siti surina..

Di harapkan semoga dengan adanya Kem Khatam Quran ini jumlah murid yg khatam Quran akan bertambah dari masa ke semasa..

Wassalam.

Sunday, April 25th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua Mesyuarat Panitia Agama Islam Peringkat Daerah akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 26hb April 2010

Masa : 2.30 pm

Tempat : Dewan Mesyuarat SK Jalan Pegoh , Taman Pengkalan Jaya.

kepada semua yg terlibat kehadiran adalah diwajibkan.

Monday, March 29th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada hari Sabtu bersamaan 27hb Mac 2010 yang lalu SK Jalan Pegoh telah menyertai pertandingan Tilawah L&P, Tahfiz L&P dan Bercertia L&P.

Marilah kita saksikan gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut.

Inilah barisan peserta murid lelaki 3 orang dan murid perempuan 3 orang.

Bercerita lelaki ialah Amirul Arif dan bercerita perempuan Huda bt Yasrudin

Bahagian tahfiz lelaki ialah Alif Saifuddin dan perempuan Nur Akma Laili bt Ayob

Bahagian Tilawah lelaki ialah Muhd Amir Hakim b Suhardi dan perempuan  Nur Anis Nadia bt Mohd Shah

Walaupun kita tidak berjaya memenangi hadiah apa2 pada kali ini, kita akan berusaha lagi dan cuba lagi di tahun hadapan.

Saturday, February 13th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera..

Untuk Makluman semua pada hari ini sabtu berasamaan 13hb Febuari 2010 SK Jalan Pegoh telah mengadakan satu penting iaitu Mesyuarat Agung PIBG ka;li ke 14.

Mari kita saksikan peristiwa yang berlaku waktu itu..

Inilah backdrop Mesyuarat Agung PIBG , dan dis sebelah pula AJK yang telah bersedia menyusun hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah.

Ini adalah barisan AJK PIBG perempuan dari kiri Pn Siti Surina, Pn Robitah, Pn Norhatini (guru skjp). DR Khamiza,Pn Rafidah, Pn JUwita dan Pn Robaah.

Manakala AJK lelaki dari kiri En Azizurrahman (SU Pibg), En Azhar NYDP, Tn Hj Helmi YDP, Guru Besar, En Azhar dan En Rabudin.

Banyak usul dan cadangan yang telah dibincangkan oleh ibu bapa dan guru demi kecemerlangan semua murid dan sekolah kita.

Yang ini pula ialah acara simbolik perasmian Projek Kutipan Senamrobikthon.

Selepas itu penyerahan kad kutipan kepada guru-guru kelas. dan acara terakhir ialah acara yang di tunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah.

Akhirnya majlis bersurai , terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat.

admin@ustazah azimah

Thursday, December 24th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Dengan sukacitanya SK Jalan Pegoh mengucapkan selamat bertukar kepada 3 orang guru jQaf. Semoga sukses di tempat / sekolah yang baru dan gembira dapat bersama keluarga tercinta. Mereka ialah:

Mereka yang dimaksudkan ialah:

1. Pn Nordalilati bt Abd Samad

2. Pn Hanan Fitriah bt Mohd Yusoff

3. Pn Norashikin bt Muda@Abu Bakar

Semoga berjaya di tempat baru…

Jangan lupa kami di SKJP ini ya..

Category: Pengumuman  | 2 Komen Diterima