Archive for the Category » Aktiviti j-Qaf «

Wednesday, August 26th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan.

Panitia Agama / j-Qaf telah merancang satu program Ihya Ramadhan pada bulan ini sebagai langkah mengimarahkan sambutan bulan yang mulia ini, butiran adalah seperti berikut:

RASIONAL

Penghayatan Ramadhan wajar dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada murid

tentang fadhilat puasa dan kelebihan bulan Ramadhan,semoga dengan itu akan menambahkan minat murid untuk menunaikan perintah Allah.

MATLAMAT

Melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.

OBJEKTIF

  • Melatih murid supaya menunaikan ibadah puasa Ramadhan
  • Melatih murid untuk melakukan perkara kebajikan semasa berpuasa
  • Melatih murid ikhlas menunaikan perintah Allah
  • Menjadikan ibadah puasa dan ibadah yang lainnya rutin dalam kehidupan

SASARAN

Semua murid Islam dan warga Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh.

SUMBER KEWANGAN

  • Pihak sekolah
  • PIBG

ANGGARAN PERBELANJAAN

  • Hadiah                                 RM 200.00
  • Majlis berbuka Puasa          RM 300.00
  • Khatam al-Quran                RM 200.00
    Jumlah                                 RM 700.00
    JADUAL AKTIVITI PELAKSANAAN EHYA’RAMADHAN 2009

Bil: Tarikh: Aktiviti: Tindakan:
1. 1.9.2009 1. Pelancaran Ehya’ Ramadhan Semua GPA & j-QAF
2. 2.9.2009 – 17.9.2009 2. Tadarus al-Quran Pn.Noraini bt MohamedPn.Rosnah bt Zaini
3. 3.9.2009 3. Pertandingan menulis cogankata Pn.Masitah(Tahap 1)En.Lokman(Tahap 2)
4. 4.9.2009 4. Tazkirah Ramadhan Pn.Noraini bt MohamedPn.Norhayati bt.Nawi
5. 8.9.2009 5. Kuiz Ramadhan Cik Farahiyah(Tahap 1)Pn.Norazimah(Tahap 2)
6. 9.9.2009 6. Pertandingan Tilawah al-Quran En.Firdaus (Tahap 1)Pn.Rosnah (Tahap 2)
7. 10.9.2009 7. Pertandingan  Hafazan Pn.Surina(Tahap1)Pn.Zawifatul(Tahap 2)
8. 11.9.2009 8. Majlis Iftar Ramadhan Semua warga SKJP
9. 12.9.2009 9. Ceramah Nuzul al-Quran Pn.Nor Dalilati bt Abd Samad
10. 16.9.2009 10.Majlis Khatam al-Quran Semua GPA & j-QAF
11. 16.9.2009 11.Pemilihan Akhlak terpuji Pn.Norasyikin(Tahap 1)Pn.Rosnah(Tahap 2)
12. 17.9.2009 12.Pemberian sedekah untuk anak-anak Yatim Semua Warga SKJP
13. 18.9.2009 13.Majlis penutupan Ehya’Ramadhan Semua Warga SKJP
Sunday, August 23rd, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Untuk makluman semua pada setiap pagi Jumaat Panitia Agama mengadakan Bacaan Yaasin . Sasaran ialah murid-murid tahun6 sabagai aktiviti kerohanian.

Beginilah gambaran pada setiap pagi Jumaat.

Inilah antara murid2 tahun 6 yg membaca Yaasin pada tiap2 pagi Jumaat.

Ini pula khalifah yang setia mengetuai bacaan Yaasin setiap pagi Jumaat.
Yang bersongkok itu Ustaz Firdaus (j-Qaf)
Yang satu lagi tu Ustaz Lokman (GPA)

Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat balasan kebaikan dari Allah ..aminn..!

Saturday, August 22nd, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan.

PAda bulan June yang lalu Satu Program telah dilancarkan oleh Panitia Agama/j-Qaf bersama PIBG SK Jalan Pegoh untuk mengatasi kekurangan Naskah Al-quran bagi pelajar tahun 2 dan Tahun1 ketika sesi Kelas Tasmik berlangsung. Ini adalah disebabkan oleh Naskah Quran tidak lagi diterima dari Kementerian. Jadi sekolah kekurangan lebih kurang 300buah AlQuran. Pihak sekolah dan PIBG telah mengeluarkan surat edaran dan pekeliling memohon kerjasama ibu bapa setiap murid mewakafkan sebuah AlQuran setiap murid sekurang2nya senaskah atau lebih. Ada juga diantara ibu bapa yg prihatin dan tidak berkesempatan membeli Quran telah memberi wang tunai kepada Ustazah2 yg mengajar anak mereka/ kelas masing2.

Setelah dikira dan dicopkan dengan WAKAF QURAN SKJP pihak sekolah telah menerima 324 buah naskah AlQuran. Syukur Alhamdulillah.

Pihak sekolah, PIBG dan Panitia Agama j-Qaf Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yg sudi mewakafkan Quran tersebut dengan ini kami Panitia Agama j-Qaf tidak lagi mengalami masalah kekurangan quran ketika sesi Kelas tasmik.

Terima kasih daun keladi,

Jasa anda Diredhoi Illahi.

Category: Aktiviti j-Qaf, Pengumuman  | Tags:  | 1 Komen Diterima
Thursday, August 13th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pertandingan ini berlangsung di SK KUALA PARI, MENGLEMBU.

P/s: Klik pada gambar untuk paparan lebih besar..


Gambar 1-Pertandingan Kuiz lelaki dan perempuan – Nur Akma Laily


Gambar 2-


Gambar 3- Zatil Razan bt Kamarulzaman


Gambar 4- Muhd Alif Saifuddin b Azhar


Gambar 5 – Pertandingan Kalam Jamaie


Gambar 6- Pertandingan Tilawah (L)- Muhd Ikmal


Gambar 7 – Pertandingan Tilawah (P)- Nur Sarah Sajidah bt Mohd Hasri


Gambar 8- Penyampaian Hadiah ( tempat kedua Pertandingan Kuiz L&P)

Friday, August 07th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Makluman buat semua:

Majlis Ihtifal j-Qaf Peringkat Zon C,2009/1430H adalah seperti berikut:

Tarikh          : 8hb Ogos 2009

Masa           : 8.00am – 1.00pm

Tempat      : SK Kuala Pari, 31450 Menglembu

Acara yg pertandingkan :

1. Kalam Jamaie ( 25 org )

2. Kuiz ( 2 murid lelaki dan 2 orang murid perempuan)

3. Tilawah ( 1 murid lelaki dan 1 murid perempuan)

Murid2 sekolah kita akan pergi ke tempat pertandingan dengan menaiki sebuah bas. Murid yang terlibat seramai 31 orang dan guru pengiring seramai 6 orang.

Tuesday, August 04th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kepada Ibubapa/Penjaga:

Di sini ada jadual Kem Bestari Solat kali ke 3 /2009

1. Kelas tahun 1 – 17.7.09  – sudah dilaksanakan

2. Kelas tahun 2 – 31.7.09  – sudah dilaksanakan

3. Kelas tahun 3 – 14.8.09  – belum dilaksanakan

Pakaian murid lelaki : Berbaju melayu, bersongkok dan memakai selipar

Pakaian murid perempuan:

Berbaju kurung, bertudung, memakai selipar, telekung sembahyang /stokin bersih

Waktu Kem ialah mula 3.00pm hingga 5.30pm

Sekian terima kasih

-admin@u.azimah-