Archive for the Category » Aktiviti Ihya’ Ramadhan «

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan..

Pada 26hb Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H Sk Jalan Pegoh mengadakan Majlis Khatam Quran bagi semua murid2 islam thn 6 lelaki dan perempuan .

Jom kita saksikan peristiwa yang telah dirakamkan pada hari tersebut:

Pagi2 lagi seawal 7am ustazah azimah dan ustazah Hayati membuat persiapan majlis khatam quran di surau SKJP

semua peserta khatam seramai 150 orang murid

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKJP En Abd Hamid b Abdullah

Khalifah kita pada hari ini ialah Ustaz Lokman dan seterusnya mengetuai bacaan doa Khatam Quran

Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua murid iaitu murid2 akan menerima bunga telur

Kami Panitia Pendidikan Islam Sk Jln Pegoh mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua guru yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalmualaikum wbt dan Salam Perpaduan..

Tazkirah hari ini pada 17.8.2010  disampaikan oleh Ustaz Lokman b Abdullah dengan tajuk Kelebihan Bulan Ramadhan..

Semua murid berkumpul di kantin bagi bersama2 mendengar tazkirah pada hari ini

Ustaz Lokman menyampaikan tazkirah nya.

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramdhan

Pada 16.8.2010 Program Ehyak Ramadhan diteruskan dengan aktiviti Pertandingan Laungan Azan. Sasaran peserta ialah  murid lelaki Thn.5.

Dan pada 17.8.2010 pula aktiviti Ehyak Ramadhan diteruskan dengan Hafzan Surah Albaiyinah ayat 1-6. Sasaran peserta ialah murid perempuan thn 5.

barisan peserta yang menyertai Pertandingan Hafazan dan mewakili kelas masing-masing.

terima kasih kepada ustazah Noraini  guru yang bertugas pada hari ini

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt..

Pada 13hb Ogos 2010 bagi aktiviti Ehyak Ramadhan..hari ini semua murid diperdengarkan dgn Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Firdaus b Abdullah yang bertajuk Kelebihan Pahala Berganda..di Bulan Ramadhan.

semua murid sedang mendengar tazkirah

semoga apa yang disampaikan oleh ustaz akan diguna pakai oleh semua murid dalam kehidupan seharian disamping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini

-admin@KP-

Tuesday, August 17th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan..

Warga Sk Jalan Pegoh mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia lagi berkah ini kepada semua muslimin dan musilimat semuanya..

Semua murid berada di Dataran Ilmu dan mendengar tazkirah ramdhan yg dismpaikan oleh ustazah bertugas iaitu Pn Rosnah (Guru Cemerlang).

Mari bersama kita saksikan peristiwa yang dirakamkan .

semua murid berhimpun di dataran ilmu

Tazkirah pagi Ramadhan yang pertama ini di sampaikan oleh Ustazah Rosnah.

-admin blog-

Thursday, September 17th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada pagi 17hb September 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan Majlis Penutupan Ehya Ramadhan bagi tahun ini. Acara yang paling dinantikan iaitu penyampaian hadiah kepada semua murid yang berjaya didalam pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini.

1. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 berkumpul di Dataran Ilmu dan Pra Sek 1 dan 2 juga turut serta.

2. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis pada hari itu Ustaz Firdaus dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan Perasmian Penutupan oleh Guru Besar SKJP.

3. Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang2.

4. setelah semuanya selesai. Tibalah pula acara kemuncak iaitu bersalam2an Aidilfitri. Waktu beginilah semua murid dapat bersalaman dengan semua guru. Duit raya..? kena datang rumah makan kuih raya dulu lah…

seronok betul murid2 ni. “selamat hari raya cikgu. duit raya takde ker?” Eh Pn Hamidah kenapa terbongkok2 tu apa saje le yang dipesannya pada murid itu.

” Selamat Hari Raya, kirim salam dengan mak ayah ye” mungkin itulah yang diucapkan oleh barisan pentadbiran SKJP ( PK 1, PK HEM &  GB)

Maka selesailah sudah Program Ehya Ramadhan pada tahun ini, InsyaAllah kita akan adakan pada Ramadhan tahun hadapan pula. Marilah kita bersama berdoa semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan untuk melakukan aktiviti2 dakwah yang sebegini.

Pihak Panitia Agama j-Qaf SKJP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberikan kerjasama, semoga Allah jualah yang memberi balasan di atas kebaikan anda semua, aminn..

Wednesday, September 16th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada hari ni bermula pada jam 9.00am telah dijalankan Majlis Khatam Quran seramai 51 orang murid yang terlibat. Mereka yang terlibat ialah murid tahun 6 sebagai aktiviti selepas UPSR dan juga salah satu dari agenda Ihya Ramadhan. Bersama2 ini juga 4 orang anak2 guru dan kakitangan SKJP yang telah khatam quran turut serta.

Beginilah gambarannya suasana di majlis itu:

Inilah backdrop pada hari itu simple je kan tapi cantik(disediakan oleh Pn Nor Aizan). Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan Guru Besar SKJP En Abd. Hamid b Abdullah.

Inilah dia barisan guru pembawa pahar bunga telur , dan murid2 sedang bersiap sedia mengambil tempat berdebar hati  mereka tu..

Surah lazim yang dibaca dipaparkan dilayar skrin, dan khalifah pada hari ini seperti biasa iaitu Ustaz Lokman dan Ustaz Firdaus.

Begitulah paparan suasana pada majlis tersebut , Panitia Agama j_Qaf mengucapkan berbanyak2 jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga kebajikan kita pada hari ini mendapat keredhoan dari Allah swt hendaknya.

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Majlis Khatam Quran akan diadakan pada 16hb September 2009 seramai 35orang murid tahun 6 yang telah khatam Quran diraikan pada majlis itu nanti., bertempat di Kantin SKJP.

Begini keadaan guru-guru yg sibuk menyiapkan bunga telur untuk hari esok. Kepada penyumbang telur rebus untuk majlis tersebut pihak Panitia Agama SKJP mengucapkan Jutaan Terima Kasih. Semoga Allah jualah yang membalas semua kebaikan yang tuan/puan lakukan.

Amboi khusyuknya Pn Faridatulhanim, Eh Pn Hatini sampai tak nampak muka dilindungi oleh bunga telur yang banyak tu ya.. Apa pun hati2 bila berkerja tu nanti tak balik raya pulak!.

Terima kasih buat semua yang sudi membantu Panitia Agama j_Qaf SKJP.