Archive for the Category » Aktiviti Dakwah «

Sunday, February 20th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

jom kita saksikan sama-sama

Sunday, February 20th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Pada petang 18.2.2011 kami Panita Agama dan jQAF telah mengadakan Kem Bestari Solat thn 6. Fokus kali ini mengikut sukatan ialah SOLAT JENAZAH

murid yg sukarela nk jadi model jenazah, murid sedang mendengar tntg solat jenazah..

murid permpuan juga khusyuk mendengar ceramah berkenaan solat jenazah

selepas itu murid amali solat jenazah mengikut kumpulan..

semoga ilmu baru pada hari ini menjadi bekalan utk masa hadapan murid2 insyaAllah..

Friday, February 18th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Pada hari ini bertarikh 18hb Feb 2011 Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Bertempat di Dataran Ilmu.

Aturcara sambutan seperti berikut:

7.15am : semua murid dan guru mengambil tempat

7.20am : Bacaan Yaasin  beramai-ramai

7.45am: Ucapan Guru Besar

7.50am : Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Lokman b Abdullah

8.20am : Berselawat beramai-ramai

8.30am: bersurai

Mari sama2 kita saksikan gambar2 yg telah dirakamkan.

murid dan guru berhimpun di Dataran Ilmu

khalifah bacaan Yaasin ialah Ustaz Firdaus, murid khusyuk membaca Yaasin

Guru Besar memberikan ucapan, barisan guru-guru yg berjiwa besar

Ustaz Lokman sedang menyampaikan ceramah, GB memberi cenderahati

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan..

Pada 26hb Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H Sk Jalan Pegoh mengadakan Majlis Khatam Quran bagi semua murid2 islam thn 6 lelaki dan perempuan .

Jom kita saksikan peristiwa yang telah dirakamkan pada hari tersebut:

Pagi2 lagi seawal 7am ustazah azimah dan ustazah Hayati membuat persiapan majlis khatam quran di surau SKJP

semua peserta khatam seramai 150 orang murid

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKJP En Abd Hamid b Abdullah

Khalifah kita pada hari ini ialah Ustaz Lokman dan seterusnya mengetuai bacaan doa Khatam Quran

Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua murid iaitu murid2 akan menerima bunga telur

Kami Panitia Pendidikan Islam Sk Jln Pegoh mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua guru yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalmualaikum wbt dan Salam Perpaduan..

Tazkirah hari ini pada 17.8.2010  disampaikan oleh Ustaz Lokman b Abdullah dengan tajuk Kelebihan Bulan Ramadhan..

Semua murid berkumpul di kantin bagi bersama2 mendengar tazkirah pada hari ini

Ustaz Lokman menyampaikan tazkirah nya.

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramdhan

Pada 16.8.2010 Program Ehyak Ramadhan diteruskan dengan aktiviti Pertandingan Laungan Azan. Sasaran peserta ialah  murid lelaki Thn.5.

Dan pada 17.8.2010 pula aktiviti Ehyak Ramadhan diteruskan dengan Hafzan Surah Albaiyinah ayat 1-6. Sasaran peserta ialah murid perempuan thn 5.

barisan peserta yang menyertai Pertandingan Hafazan dan mewakili kelas masing-masing.

terima kasih kepada ustazah Noraini  guru yang bertugas pada hari ini

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt..

Pada 13hb Ogos 2010 bagi aktiviti Ehyak Ramadhan..hari ini semua murid diperdengarkan dgn Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Firdaus b Abdullah yang bertajuk Kelebihan Pahala Berganda..di Bulan Ramadhan.

semua murid sedang mendengar tazkirah

semoga apa yang disampaikan oleh ustaz akan diguna pakai oleh semua murid dalam kehidupan seharian disamping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini

-admin@KP-

Wednesday, April 28th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Untuk Makluman semua warga Sk Jalan Pegoh, mulai 26hb April yg lalu pihak PAnitia Agama Islam telah mengadakan Kem Khatam Quran seperti butiran berikut:

Hari : Isnin dan Selasa

Masa : 2pm-3pm

Tempat : Kelas P&P ikut kumpulan guru

Sasaran : Murid Tahun 6 yang belum khatam Quran

Objektif : Membantu murid2 thn 6 yg belum Khatam Quran untuk menghabiskan atau mengkhatamkan bacaan Quran mereka sebelum ke sekolah menengah.

Jom kita saksikan gambar2 yg telah dirakamkan..

ini kumpulan ustazah noraini murid 6S

kumpulan ustazah azimah..

yg ini pula kumpulan ustazah rosnah..

yg ini kumpulan ustazah siti surina..

Di harapkan semoga dengan adanya Kem Khatam Quran ini jumlah murid yg khatam Quran akan bertambah dari masa ke semasa..

Wassalam.