Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Untuk makluman semua, Panitia Agama Islam telah memulakan aktiviti Majlis Bacaan Yaasin Mingguan telah di adakan pada hari Jumaat minggu pertama lagi iaitu 7hb Januari 2011.
Semoga perbuatan dan amalan kita ini akan diberkati Allah swt. Kita juga berharap pada tahun ini jumlah bilangan murid yg mendapat 5A akan bertambah.
” Ya Allah ampunilah dosa2 kami, dosa ibu bapa kami, dosa guru2 kami. Lapangkanlah dada kami, tenangkan lah hati kami agar mudah menerima ilmu Mu Ya Allah. Sihatkanlah tubuh badan kami kuatkanlah ingatan kami. Perelokkanlah akhlak kami, jadikanlah kami hamba MU yg taat dan bertaqwa Ya Allah”. Amin amin ya rabbal ‘alamin








