Archive for » March, 2010 «

Monday, March 29th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Pada hari Sabtu bersamaan 27hb Mac 2010 yang lalu SK Jalan Pegoh telah menyertai pertandingan Tilawah L&P, Tahfiz L&P dan Bercertia L&P.

Marilah kita saksikan gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari tersebut.

Inilah barisan peserta murid lelaki 3 orang dan murid perempuan 3 orang.

Bercerita lelaki ialah Amirul Arif dan bercerita perempuan Huda bt Yasrudin

Bahagian tahfiz lelaki ialah Alif Saifuddin dan perempuan Nur Akma Laili bt Ayob

Bahagian Tilawah lelaki ialah Muhd Amir Hakim b Suhardi dan perempuan  Nur Anis Nadia bt Mohd Shah

Walaupun kita tidak berjaya memenangi hadiah apa2 pada kali ini, kita akan berusaha lagi dan cuba lagi di tahun hadapan.

Wednesday, March 10th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Maulidur Rasul 1431H

” Memantapkan Ukwah Memperkasakan Ummah”

begitulah tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, dengan itu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh juga telah membuat sambutan bagi tujuan tersebut bersaman tarikh 5hb Mac 2010

Untuk makluman semua Majlis sambutan ini kita cantumkan dengan Majlis Bacaan Yaasin murid tahun 6 UPSR 2010 sepertimana biasa dilakukan pada tiap2 pagi Jumaat.

Marilah kita saksikan gambar2 yang telah dirakamkan pada hari itu:

Pengerusi Majlis kita pada pagi itu ialah guru bertugas mingguan Ustazah Zawifatul Asiyah bt A.Rahim

Murid2 berkumpul di Dataran Ilmu sejak dari jam 7.20pagi dan selepas itu ucapan Guru Besar SK Jalan Pegoh En Abdul Hamid b Abdullah sebagai ucapan alu-aluan .

Semua murid dari Pra sekolah hingga murid2 tahun 6 membaca Yaasin di Dataran Ilmu. Bacaan Yaasin pada hari itu diketuai oleh khalifahnya Al-Fadhil Ustaz Lokman b Abdullah.

Setelah selesai bacaan Yaasin , Majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul oleh Ketua Panitia Agama Islam sendiri iaitu Ustazah Azimah. Selepas itu warga Sk Jalan Pegoh berselawat beramai2 di Dataran Ilmu. Bacaan Selawat diketuai oleh Ustaz Firdaus b Abdullah.

Setelah itu semua murid dan guru2 pun bersurai.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan buat semua warga SKJP yang telah menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada tahun ini.