Archive for » January, 2010 «

Sunday, January 31st, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Maksudnya:

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

Selawat Syifa dan fadilat mengamalkannya:

1. Barang siapa yg membaca selawat ini 3 kali setiap lepas solat 5 waktu akan dapat menghilangkankebuntuan fikiran dan susah hati.

2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air, InsyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut, pening kepala, demam dan sakit2 ringan.

Sunday, January 31st, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBt dan Salam Ukhwah

Bermula pada Jumaat yang lalu bersamaan 29hb Jan 2010 Panitia Agama ISlam SK Jalan Pegoh telah melancarkan Program Sayang Jawi, yang mana murid2 yang boleh membaca jawi akan diketengahkan bakatnya dan diberi peluang untuk membacakan artikel atau sumber2 buku2 bacaan dalam tulisan jawi.

Untuk pertama kalinya murid pertama yang terpilih bagi tujuan tersebut ialah Adik Arif Iddyn bin Amir Hakimi dari kelas 3 Kualiti telah membacakan kepada semua murid pada perhimpunan hari itu dengan cerita pendeknya bertajuk ” Anak Merbah Yang MAlang” sumber Majalah Asuh.

Tahniah diucapkan kepada beliau dan diharap pada minggu akan datang ada lagi murid2 yang berbakat.

Jom kita saksikan ..

Monday, January 18th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Pada Sabtu yang lalu iaitu bertarikh 16hb Januari 2010 Panitia Agama Islam dan -jQaf , SK Jalan Pegoh telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 6. Kem ini telah bermula dari jam 7.30 pendaftaran dan berakhir pada jam 2pm selepas murid-murid selesai menunaikan solat zohor berjemaah.

Mari kita saksikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari itu.

Murid-murid lelaki dan perempuanberhimpun dan berbaris untuk pendaftaran kehadiran.

murid memulakan dengan amali wudhuk selepas itu murid menjalani ujian amali azan, iqamah dan jawabnya. 2 orang murid dipanggil serentak dan bergilir untuk azan dan iqamah serta jawabnya.

Ini pula kumpulan Ustazah Rosnah ,Ustazah Masitah dan UStazah Siti Surina.

Murid-murid menjamu selera ketika rehat di tepi koridor sahaja kerana kantin telah digunakan sebagai tempat taklimat dan perjumpaan guru-gur serta ibu bapa tahun 6  UPSR 2010. Ibu bapa dengar taklimat anak-anak pula menghadiri Kem Bestari Solat. Ramai ibu bapa yang hadir jika tak percaya tengok saje lah banyaknya kereta di parkir itu. Betul le tu kan..

Murid-murid bersedia untuk solat zohor berjemaah dan imam kita pada hari itu ialah Al-Fadhil Ustaz Lokman. Sebelum pulang murid mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rosnah.

Semoga aktiviti ini akan menjadi pemangkin ummah berwawasan, diharapkan murid2 akan mengamalkan aktiviti solat ini dirumah dan seterusnya menjadi amalan dalam kehiduoan seharian InsyaAllah…

admin@ustazahazimah

Wednesday, January 13th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Pada hari ini admin ingin menunjukkan dan berkongsi cara berwudhuk dengan menggunakan spray air kepada ibu bapa dan semua pembaca . Alternatif ini digunakan oleh kerana untuk mengelakkan kesesakan di bilik wudhuk setiap kali waktu P&P Khatam Quran berjalan . Pada tahun ini SK Jalan Pegoh Murid jQaf dari tahun 1 hingga tahun 6 dan ada 27 buah kelas . Kadang2 3 atau 4 kelas agama akan berjalan serentak. Jadi berlakulah kesesakan di bilik wudhuk.  Admin telah memikirkan jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini ialah dengan meminta murid2 membawa spray air (yg ibu2 guna di rumah utk seterika baju tu!) utk murid mengambil wudhuk. Jadi murid2 tak perlu lagi bersesak2 di bilik wudhuk.. Jom kita saksikan gambar2 yg telah dirakamkan bagi tujuan tersebut.

gambar 1: niat wudhuk gambar                            2: menyapu muka ( meratakan air)

gambar 3: menyapu tangan hingga siku                  gambar 4: menyapu sebahagian kepala

dan yang terakhir sekali menyapu kaki hingga buku lali dan tertib. mudah kan.. Selepas ini murid yg kedua pula.

“Eh! sapu telinga tkde ke ustazah” kata seorang murid. ” Telinga kan sunat je.. Kali ini kita berwudhuk dgn rukun wudhuk sahaja le dulu buat permulaan..”. kata ustazah azimah.

Bolehlah kita sama2 praktikkan ..

Tuesday, January 12th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru..

Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah memulakan persekolahan musim baru 2010 pada 4 Januari 2010 yg lalu.

Selamat datang diucapkan kepada murid2 tahun satu dan Pra Sekolah.

Panitia Agama Islam seperti biasa memulakan buku baru bagi tahun 2010. Selamat bertugas di tempat yang baru buat 3 orang guru jQaf yang dapat bertukar. Dan Panitia menerima 1 orang sahaja guru jQaf dari SK Taman Jana, Kamunting.

Beginilah keadaannya ketika murid2 membaca Quran sewaktu P&P Modul Khatam Quran dijalankan.

Semoga semuanya beroleh manfaat dan semoga Allah merahmati semuanya..