Archive for » December, 2009 «

Thursday, December 24th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Dengan sukacitanya SK Jalan Pegoh mengucapkan selamat bertukar kepada 3 orang guru jQaf. Semoga sukses di tempat / sekolah yang baru dan gembira dapat bersama keluarga tercinta. Mereka ialah:

Mereka yang dimaksudkan ialah:

1. Pn Nordalilati bt Abd Samad

2. Pn Hanan Fitriah bt Mohd Yusoff

3. Pn Norashikin bt Muda@Abu Bakar

Semoga berjaya di tempat baru…

Jangan lupa kami di SKJP ini ya..

Category: Pengumuman  | 2 Komen Diterima
Monday, December 07th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada 22hb November 2009 yang lalu Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh bersama Panitia Agama  telah mengadakan  Majlis Berkhatan beramai-ramai.  Jom kita saksikan foto-foto sekitar majlis tersebut.

Majlis hari itu dimulai dengan taklimat kepada ibu bapa dan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG iaitu Tn Hj Helmi b Ibrahim.

Selesai taklimat murid2 atau peserta berkhatan beramai-ramai di jamu dengan makanan yang enak ala-ala makan beradab pengantin. Ada ayam golek, ikan siakap dan lain-lain.

Selesai makan peserta berkhatan diarak dengan dijunjung oleh bapa masing2 kemudiannya dimandikan dengan lori bomba. Bukan main seronok lagi nampaknya kanak-kanak tu ya.

Selepas menukar pakaian dan memakai kain pelekat, peserta menunggu di bilik, menunggu giliran  dipanggil oleh doktor. Lepas tu.. dah potong…

Sudah 2 tahun berturut2 SK Jalan Pegoh mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai ni..