Archive for » November, 2009 «

Tuesday, November 24th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada petang 18hb November yang lalu SK Jalan Pegoh mengadakan satu Majlis yang gilang gemilang untuk semua pelajar yang berjaya di dalam bidang akademik melalui Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR2).

Dikesempatan ini admin ingin memaparkan peristiwa yang berlaku sekitar hari itu. Jom kita lihat, ustazah Azimah pada hari itu ditugaskan sebagai Ketua Perserta Penerima Hadiah .

Acara pertama pada petang itu selepas ucapan Pengerusi, Bacaan Doa, Ucapan Perasmian YDP PIBG iaitu persembahan dari murid Pra. Comelnya..persembahan mereka.

Yang berjubah biru tu, murid2 pra sekolah. yang di sebelah kanan pula ialah murid tahap 1 berada di bilik menunggu untuk menerima hadiah.

Di atas ialah murid tahap 2 menerima hadiah dan di sampaikan oleh AJK PIBG iaitu Pn Robaah dan di sebalah pula barisan murid2 cemerlang byang menerima anugerah pada petang itu termasuklah anak admin sendiri Alhamdulilah.

Selepas semua selesai sempat lagi kamu guru2 bergambar, tidak ketinggalan panitia agama pun tumpang sama. ada beberapa guru2 agama yang tidak bersama waktu ini kerana tugas masing2.

Monday, November 16th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada hari ini dan minggu ini guru bertugas ialah Ustazah Azimah dan CIkgu Ahmad Latapi. Pada pagi yang indah ini di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh mengadakan Sambutan Hari Kanak2 dan Hari Kokurikulum.

Berikut adalah beberapa gambar dan aktiviti yang telah dijalankan. Mari kita tengok sama-sama..Jom!

Ni dia Pn Vijaya sedang sibuk menyiapkan anaknya Guganesh ,begitu juga dengan Pn Suhaila.

Acara pertama ialah pertandingan “Nyanyia Patriotik” dari Pasukan Unit Uniform” iaitu Pasukan Pandu Puteri Tunas dan Pengakap.

Ini pula Pasukan Puteri Islam, Hakim kita pada hari ini Ustazah Rosnah, Pn Faridatulhanim dan En Azizulrahman. Selamat menjalankan tugas ye..adil dan telus!

Ini barisan peserta Pakaian Seragam dan di sebelah tu ialah Johan pertandingan tersebut murid Pra Sekolah 2 adik Ilham Nadhirah.

Di kesempatan ini juga admin sempat merakamkan gambar dua orang Barisan Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hem, menurut mereka inilah sambutan hari kanak-kanak yang terakhir buat mereka, kerana tahun depan 2010 mereka akan berpencen.

Selepas selesai acara di dataran ilmu, semua murid masuk ke kelas masing2 untuk jamuan kelas.

Category: Pengumuman, Umum  | 1 Komen Diterima
Saturday, November 14th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Hari ini Sabtu bersamaan 14hb N0vember 2009 bermula jam 8.00am di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh berjalan Majlis / Hari Pendaftaran Murid tahun 1/2010, Beginilah keadaan ibu bapa sibuk membuat pendaftaran, admin dimaklumkan bahawa seramai 172orang murid yang akan mendaftar pada hari ini.

Selepas pendaftaran semua murid dikehendaki menduduki “mini peperiksaan” atau ujian pengesanan.
Ibu bapa pula mendengar sessi taklimat bersama dengan Barisan PIBG dan Barisan Pentadbiran SKJP.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Alfadil ustaz Lokman b Abdullah, diikuti ucapan oleh Yang DiPertua PIBG Tn Hj Helmi b Ibrahim. Hal2 berkaitan Hal Ehwal Murid oleh Pn Hjh Hamidah bt Ablah (PK HEM), tentang disiplin oleh En Luqman b Kamaruddin (Guru DIsiplin) dan tentang Projek NILAM oleh Guru Penyelaras PSS Pn Roslina bt Ahmad .

Selanjutnya taklimat tentang Kurikulum disampaikan oleh Pn Maimunah bt Mohd Hassan, Dan taklimat yang terakhir ialah berkenaan dengan J-Qaf disampaikan oleh Ustazah Nor Aizan bt Zainal Nor

Selepas itu majlis bersurai..