Archive for » September, 2009 «

Thursday, September 17th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada pagi 17hb September 2009, Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan Majlis Penutupan Ehya Ramadhan bagi tahun ini. Acara yang paling dinantikan iaitu penyampaian hadiah kepada semua murid yang berjaya didalam pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini.

1. Semua murid dari tahun 1 hingga 6 berkumpul di Dataran Ilmu dan Pra Sek 1 dan 2 juga turut serta.

2. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis pada hari itu Ustaz Firdaus dan kemudiannya diteruskan dengan ucapan Perasmian Penutupan oleh Guru Besar SKJP.

3. Selepas itu acara penyampaian hadiah kepada pemenang2.

4. setelah semuanya selesai. Tibalah pula acara kemuncak iaitu bersalam2an Aidilfitri. Waktu beginilah semua murid dapat bersalaman dengan semua guru. Duit raya..? kena datang rumah makan kuih raya dulu lah…

seronok betul murid2 ni. “selamat hari raya cikgu. duit raya takde ker?” Eh Pn Hamidah kenapa terbongkok2 tu apa saje le yang dipesannya pada murid itu.

” Selamat Hari Raya, kirim salam dengan mak ayah ye” mungkin itulah yang diucapkan oleh barisan pentadbiran SKJP ( PK 1, PK HEM &  GB)

Maka selesailah sudah Program Ehya Ramadhan pada tahun ini, InsyaAllah kita akan adakan pada Ramadhan tahun hadapan pula. Marilah kita bersama berdoa semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan untuk melakukan aktiviti2 dakwah yang sebegini.

Pihak Panitia Agama j-Qaf SKJP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberikan kerjasama, semoga Allah jualah yang memberi balasan di atas kebaikan anda semua, aminn..

Wednesday, September 16th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pada hari ni bermula pada jam 9.00am telah dijalankan Majlis Khatam Quran seramai 51 orang murid yang terlibat. Mereka yang terlibat ialah murid tahun 6 sebagai aktiviti selepas UPSR dan juga salah satu dari agenda Ihya Ramadhan. Bersama2 ini juga 4 orang anak2 guru dan kakitangan SKJP yang telah khatam quran turut serta.

Beginilah gambarannya suasana di majlis itu:

Inilah backdrop pada hari itu simple je kan tapi cantik(disediakan oleh Pn Nor Aizan). Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan Guru Besar SKJP En Abd. Hamid b Abdullah.

Inilah dia barisan guru pembawa pahar bunga telur , dan murid2 sedang bersiap sedia mengambil tempat berdebar hati  mereka tu..

Surah lazim yang dibaca dipaparkan dilayar skrin, dan khalifah pada hari ini seperti biasa iaitu Ustaz Lokman dan Ustaz Firdaus.

Begitulah paparan suasana pada majlis tersebut , Panitia Agama j_Qaf mengucapkan berbanyak2 jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga kebajikan kita pada hari ini mendapat keredhoan dari Allah swt hendaknya.

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Majlis Khatam Quran akan diadakan pada 16hb September 2009 seramai 35orang murid tahun 6 yang telah khatam Quran diraikan pada majlis itu nanti., bertempat di Kantin SKJP.

Begini keadaan guru-guru yg sibuk menyiapkan bunga telur untuk hari esok. Kepada penyumbang telur rebus untuk majlis tersebut pihak Panitia Agama SKJP mengucapkan Jutaan Terima Kasih. Semoga Allah jualah yang membalas semua kebaikan yang tuan/puan lakukan.

Amboi khusyuknya Pn Faridatulhanim, Eh Pn Hatini sampai tak nampak muka dilindungi oleh bunga telur yang banyak tu ya.. Apa pun hati2 bila berkerja tu nanti tak balik raya pulak!.

Terima kasih buat semua yang sudi membantu Panitia Agama j_Qaf SKJP.

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pertandingan Tilawah Quran adalah salah satu agenda Ihya Ramadhan , Pertandingan Tilawah Lelaki dan Perempuan telah dijalankan pada  sepanjang bulan Ramadhan ini. Murid yang terlibat ialah murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

Di sini , suasana pertandingan Tilawah murid thn 5 dan 4 yang berlangsung pada hari Selasa 15.9.2009.

Beginilah keadaannya, walaupun menghadapi kekangan masa untuk melaksanakan Pertandingan ini tapi Alhamdulillah semua dapat dijalankan dgn lancar.

Hakim pada hari itu bagi kategori perempuan ialah Ustazah Norasyikin bt Muda

dan hakim bagi kategori lelaki ialah Ustaz Firdaus b Abdullah.

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Setiap waktu rehat tahap 2, murid-murid tahun 6, 5 dan 4 telah mengadakan aktiviti tersebut, Majlis di mulakan pada jam 10.40-11.00 pagi. Hanya murid2 yang terpilih sahaja.

Semoga bacaan murid2 ini akan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Paniti Agama Islam Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan “Pertandingan Mewarna Cogankata Sempena Ramadhan ” sebagai salah satu agenda Ihya Ramadhan.

Pertandingan mewarna telah dijalankan kepada semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Beginilah gambaran dan suasana murid2 tahun 1Progres sedang mewarna dengan tekun mengikut kreativiti masing2.

Haa dah siap pun inilah hasil yang mereka dah selesai mewarna, agak2 boleh menang ke ni??.

Kena tunggu le Majlis Penyampaian Hadiah pada hari Khamis nanti.

Tuesday, September 15th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam LailatulQadar

Majlis Iftar anjuran Panitia Agama

Sek Keb Jalan Pegoh telah diadakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh       : 14hb September 2009

Tempat     : Kantin Sekolah SKJP

Tentatif Program:

6.30pm       : kedatangan para jemputan dan AJK PIBG

6.45pm         : Penyampaian Sumbangan & Derma Ikhlas kepada murid2 anak yatim dan miskin

7.17pm        : Semua hadirin berbuka puasa dan menjamu selera

7.30pm        : semua guru, murid dan ibu bapa solat maghrib bersama

8.25pm       : solat isyak, tarawih dan solat witir

9.50pm      : Majlis bersurai

Terima kasih di ucapan kepada semua tetamu yang hadir. Dan Jutaan terima kasih juga kepada para penderma yang ikhlas semoga jasa anda akan diberkati oleh Allah swt.

Thursday, September 03rd, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan..

1. Tiada daripada hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadhan lantas dia memuji Allah, (Alhamdulillah, Alhamdulilah)
kemudian dibaca Al-Fatihah tujuh kali, ia di ‘afiatkan Allah daripada Sakit matanya pada bulan ini.

2. Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauhi segala larangannya , diampunkan dosanya. Bertasbih bertahlil dibina rumah indah di dalam syurga.

3. Baranghsiapa hadir ke majlis zikir pada bulan Ramadhan, ditulis pada tiap langkahnya ibadat setahun.

4. Orang yang sembahyang bulan Ramadhan, tiap kali sujud dikurniakan kepadanya seribu tujuh ratus kebajikan dibina rum ah dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa da beribadah , tujuh puluh ribu malaikat meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya (al-hadis)

5. Orang mukmin yang tidur dalam bilan puasa kerana puasa ramadhannya , dia membalikkan badannya sambil menyebut ALLAH, maka berkata malaikat kepadanya :Rahimakallah (Allh mencucuri rahmat kepada engkau).

6. Malaikat yang banyak muka sujud kepada Allah pada hari kiamat, satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat ‘Aras, lalu berkata malaikat : Wahai Tuhan Kasihanilah mereka dan janganlah diseksa orang yang berpuasa ramadhan dari umat Muhammad. (al-hadis)

7. Pada hari kiamat Allah memerintah Malaikat Ridhuan supaya keluarkan orang-orang yang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh malaikat Ridhuan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malaikat Ridhuan memerintahkan kanak-kanak membawa dulang-dulang makanan, minuman dan buah-buahan , sebagai balasan berlapar bulan Ramadhan. (al-hadis

SUMBANGAN DARI S/U PANITIA AGAMA SKJP @ USTAZAH ROSNAH BT ZAINI (GURU CEMERLANG)