Archive for » August, 2009 «

Thursday, August 13th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Pertandingan ini berlangsung di SK KUALA PARI, MENGLEMBU.

P/s: Klik pada gambar untuk paparan lebih besar..


Gambar 1-Pertandingan Kuiz lelaki dan perempuan – Nur Akma Laily


Gambar 2-


Gambar 3- Zatil Razan bt Kamarulzaman


Gambar 4- Muhd Alif Saifuddin b Azhar


Gambar 5 – Pertandingan Kalam Jamaie


Gambar 6- Pertandingan Tilawah (L)- Muhd Ikmal


Gambar 7 – Pertandingan Tilawah (P)- Nur Sarah Sajidah bt Mohd Hasri


Gambar 8- Penyampaian Hadiah ( tempat kedua Pertandingan Kuiz L&P)

Monday, August 10th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah

Bertemu lagi kita pd catatan admin kali ini. Suka admin kongsikan pada hari ini dgn tajuk “Azan dan Iqamah”

Pengertian zan ialah lafaz2 tertentu untuk memberitahu masuknya waktu solat.
Pengertian Iqamah pula ialah lafaz2 tertentu untuk segera mendirikan solat.

Hukum melaungkan azan atau mengumandangkan (memperdengarkannya)adalah sunat muaakad untuk semua solat fardhu.

Adapun pada zaman Nabi saw orang yg melaungkan azan dan iqamah ialah Bilal bin Rabah. Dan sehingga kini orang yg melaungkan azan dipanggil ‘Tok Bilal’.

Perkara sunat semasa azan dan iqamah:

(azan )                                                   (iqamah)
1. dilaungkan di tempat tinggi           1. dilakukan ditempat didirikan solat
2. dinyaringkan suara                        2. diperlahankan suara
3. dilafazkan secara tartil                   3. dilafazkan secara cepat (hadar)

Kegunaan azan dan iqamah selain solat:
1. dilaungkan di telinga bayi yg baru lahir
2. dilaungkan untuk org yg hendak bermusafir sbg tanda berpisah
3. boleh dilaungkan ketika waktu cemas (menghadapi kebakaran, ribut petir dll)
4. dilaungkan pd individu yg dirasuk oleh syaitan menjadi penawar

Dengan ini moga2 tulisan dan catatan ini boleh menjadi amalan kita seharian ya.

Wassalam

KARYA : USTAZAH AZIMAH

Friday, August 07th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Makluman buat semua:

Majlis Ihtifal j-Qaf Peringkat Zon C,2009/1430H adalah seperti berikut:

Tarikh          : 8hb Ogos 2009

Masa           : 8.00am – 1.00pm

Tempat      : SK Kuala Pari, 31450 Menglembu

Acara yg pertandingkan :

1. Kalam Jamaie ( 25 org )

2. Kuiz ( 2 murid lelaki dan 2 orang murid perempuan)

3. Tilawah ( 1 murid lelaki dan 1 murid perempuan)

Murid2 sekolah kita akan pergi ke tempat pertandingan dengan menaiki sebuah bas. Murid yang terlibat seramai 31 orang dan guru pengiring seramai 6 orang.

Wednesday, August 05th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam nisfu syaaban

Bertemu lagi kita pada catatan kali ini sempena kita menyambut peristiwa besar bagi seluruh umat Islam sedunia iaitu malam Nisfu Syaaban.

Disini suka admin kongsikan pesanan Nabi Muhammad saw tentang Nisfu Syaaban ini.

Baginda Rasullullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya:

Ertinya : ” Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Disini juga admin catatkan Doa Rasullullah pada malam Nisfu Syaaban :

Ertinya : ” Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada balasan seksaan-Mu, aku berlindung dengan keredhoan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu kepada-Mu, Tidak terhitung pujian ke atas-Mu,Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas Zat-Mu”.

Moga dgn membaca catatan 2 hadis pilihan ini dapat memberi manfaat kpd pembaca blog ini

Wassalam

KARYA : USTAZAH AZIMAH

Tuesday, August 04th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kepada Ibubapa/Penjaga:

Di sini ada jadual Kem Bestari Solat kali ke 3 /2009

1. Kelas tahun 1 – 17.7.09  – sudah dilaksanakan

2. Kelas tahun 2 – 31.7.09  – sudah dilaksanakan

3. Kelas tahun 3 – 14.8.09  – belum dilaksanakan

Pakaian murid lelaki : Berbaju melayu, bersongkok dan memakai selipar

Pakaian murid perempuan:

Berbaju kurung, bertudung, memakai selipar, telekung sembahyang /stokin bersih

Waktu Kem ialah mula 3.00pm hingga 5.30pm

Sekian terima kasih

-admin@u.azimah-

Tuesday, August 04th, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan salam ukwah

Kepada semua pengunjung dan pelawat disini ada satu pengumuman bahawa pada minggu peperiksaan 4,5 dan 6hb Ogos 2009 Kelas Tasmik tetap dijalankan seperti biasa. Oleh itu waktu pulang murid2 dari sekolah adalah seperti biasa.

Harap maklum

Terima kasih

-admin@u.azimah-

Monday, August 03rd, 2009 | Author: Ustazah Azimah

Penasihat                  : En Abdul Hamid b Abdullah  (Guru Besar SKJP)
Pen Penasihat 1        : Pn Maimunah bt Mohd Hasan  ( PK Pentadbiran )
Pen Penasihat 2        : Pn Hjh Hamidah bt Ablah    ( Pk Hal Ehwal Murid )
Pengerusi                  : Pn Noraini bt Mohamed      ( GPA )
Setiausaha                : Pn Rosnah bt Zaini         ( GPA Guru Cemerlang )
Pen Setiausaha          : Pn Nor Aizan bt Zainal Nor ( Guru j-Qaf)
Bendahari                  : Pn Siti Surina bt Ab Latiff( GPA )
AJK            :
Penyelaras thn 1&2      : Pn Masitah bt Said          (GPA)
Penyelaras thn 3&4      : Pn Norazimah bt Ismail      (GPA)
Penyelaras thn 5&6      : Pn Zawifatul Asiyah bt A.Rahim(GPA Guru Cemerlang)
——————: En Lokman b Abdullah
——————: Pn Nor Dalilati bt Abdul Samat (Guru j-Qaf)
——————: Pn Siti Norhayati bt Nawi          (Guru j-Qaf)
——————: Pn Norashikin bt Muda             (Guru j-Qaf)
——————: En Firdaus b Abdullah               (Guru j-Qaf)
——————: Cik Farahiyah bt Idris               ( Guru j-Qaf)

Category: Umum  | Tinggalkan Komen Anda