Sunday, February 20th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum..

seronok sangat jadi ni nk paparkan pula slide show maulidur rasul pula..

Sunday, February 20th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

jom kita saksikan sama-sama

Sunday, February 20th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Pada petang 18.2.2011 kami Panita Agama dan jQAF telah mengadakan Kem Bestari Solat thn 6. Fokus kali ini mengikut sukatan ialah SOLAT JENAZAH

murid yg sukarela nk jadi model jenazah, murid sedang mendengar tntg solat jenazah..

murid permpuan juga khusyuk mendengar ceramah berkenaan solat jenazah

selepas itu murid amali solat jenazah mengikut kumpulan..

semoga ilmu baru pada hari ini menjadi bekalan utk masa hadapan murid2 insyaAllah..

Friday, February 18th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Pada hari ini bertarikh 18hb Feb 2011 Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Bertempat di Dataran Ilmu.

Aturcara sambutan seperti berikut:

7.15am : semua murid dan guru mengambil tempat

7.20am : Bacaan Yaasin  beramai-ramai

7.45am: Ucapan Guru Besar

7.50am : Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Lokman b Abdullah

8.20am : Berselawat beramai-ramai

8.30am: bersurai

Mari sama2 kita saksikan gambar2 yg telah dirakamkan.

murid dan guru berhimpun di Dataran Ilmu

khalifah bacaan Yaasin ialah Ustaz Firdaus, murid khusyuk membaca Yaasin

Guru Besar memberikan ucapan, barisan guru-guru yg berjiwa besar

Ustaz Lokman sedang menyampaikan ceramah, GB memberi cenderahati

Monday, January 17th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Untuk makluman semua, Panitia Agama Islam telah memulakan aktiviti Majlis Bacaan Yaasin Mingguan telah di adakan pada hari Jumaat minggu pertama lagi iaitu 7hb Januari 2011.

Semoga perbuatan dan amalan kita ini akan diberkati Allah swt. Kita juga berharap pada tahun ini jumlah bilangan murid yg mendapat 5A akan bertambah.

” Ya Allah ampunilah dosa2 kami, dosa ibu bapa kami, dosa guru2 kami. Lapangkanlah dada kami, tenangkan lah hati kami agar mudah menerima ilmu Mu Ya Allah. Sihatkanlah tubuh badan kami kuatkanlah ingatan kami. Perelokkanlah akhlak kami, jadikanlah kami hamba MU yg taat dan bertaqwa Ya Allah”. Amin amin ya rabbal ‘alamin

Monday, January 17th, 2011 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Sessi persekolahan pada tahun ini di mulakan pada tarikh keramat 3hb Jan 2011. Ramai ibu bapa datang ke sekolah utk menghantar anak2 sekaligus bagi membayar yuran tambahan bagi sesi 2011 ini.

Diharapakan pada tahun ini semua murid akan belajar bersungguh2 dan berjaya dengan cemerlang. Datang dengan pakaian serba baru dan semangat yg baru juga hendaknya..

Selamat Belajar Buat Semua Murid SK Jalan Pegoh

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan..

Pada 26hb Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H Sk Jalan Pegoh mengadakan Majlis Khatam Quran bagi semua murid2 islam thn 6 lelaki dan perempuan .

Jom kita saksikan peristiwa yang telah dirakamkan pada hari tersebut:

Pagi2 lagi seawal 7am ustazah azimah dan ustazah Hayati membuat persiapan majlis khatam quran di surau SKJP

semua peserta khatam seramai 150 orang murid

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKJP En Abd Hamid b Abdullah

Khalifah kita pada hari ini ialah Ustaz Lokman dan seterusnya mengetuai bacaan doa Khatam Quran

Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua murid iaitu murid2 akan menerima bunga telur

Kami Panitia Pendidikan Islam Sk Jln Pegoh mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua guru yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini

-admin@KP-

Monday, August 30th, 2010 | Author: Ustazah Azimah

Assalmualaikum wbt dan Salam Perpaduan..

Tazkirah hari ini pada 17.8.2010  disampaikan oleh Ustaz Lokman b Abdullah dengan tajuk Kelebihan Bulan Ramadhan..

Semua murid berkumpul di kantin bagi bersama2 mendengar tazkirah pada hari ini

Ustaz Lokman menyampaikan tazkirah nya.

-admin@KP-